Ikuti Kami:

8 Tahun Bercinta, Netizen Jumpa Kim Woobin & Shin Minah Sedang Bercuti Di Bali Bersama

8 Tahun Bercinta, Netizen Jumpa Kim Woobin & Shin Minah Sedang Bercuti Di Bali Bersama

Umum pasti mengetahui bahawa Kim Woo-bin dan Shin Min-ah sudah 8 tahun menjalinkan hubungan bersama.

Terbaru, netizen perasan bahawa Kim Woo-bin dah Shin Min-ah dilihat sedang bercuti bersama di Bali, Indonesia. Meskipun masing-masing sibuk dengan jadual peribadi namun, pasangan itu tetap mencari waktu lapang untuk meluangkan masa bersama.

Pada hujung April lalu, Shin Min-ah telah memuat naik pelbagai gambar dari percutiannya ketika di Bali, di mana wanita itu kelihatan tersenyum gembira.

Kemudian pada 17 Mei, Kim Woo-bin juga turut berkongsi fotonya ketika bercuti di tempat yang sama, menikmati masanya di luar bar.

Walaupun tiada gambar mereka berdua bersama namun, ada satu video yang menunjukkan bahawa Kim Woo-bin mengekori Shin Min-ah di lapangan terbang, dengan kereta bagasi besar di belakang.

Semoga hubungan mereka akan berkekalan bahagia selamanya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...