Selepas “Lost”, nampaknya Ryu Jun-yeol akan kembali dengan sebuah drama baru pada tahun nanti.
Menurut laporan, lelaki itu akan menyertai drama “Money Game”. Berdasarkan webtoon, ia membawa kisah apabila 8 peserta perlu menggunakan duit sebanyak 44.8 bilion won (RM188.3 juta) dalam 100 hari.
Respon agensinya,
Ryu Jun-yeol menerima tawaran untuk berlakon dalam ‘Money Game’ dan sedang menelitinya dengan positif.
Ryu Jun-yeol dikhabarkan akan membawa watak seorang lelaki yang menyertai permainan itu selepas dibebani hutang yang berat.
Dalam pada itu, pelakon Bae Sung-woo juga dikatakan bakal membuat kemunculan semula dalam drama ini selepas kontroversi memandu dalam keadaan mabuk sebelum ini.

Sama-sama kita nantikannya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.