Ikuti Kami:

Dek Kes Pandu Dalam Keadaan Mabuk, ‘Delayed Justice’ Gugurkan Bae Sungwoo & Plot Akan Disusun Semula

Dek Kes Pandu Dalam Keadaan Mabuk, ‘Delayed Justice’ Gugurkan Bae Sungwoo & Plot Akan Disusun Semula

Selepas laporan kes memandu dalam keadaan mabuk melibatkan pelakon Bae Sung-woo kelmarin, ramai yang meminta lelaki itu dikeluarkan daripada drama “Delayed Justice”.

Hampir sehari mendiamkan diri, pihak produksi drama tersebut telah pun mengeluarkan kenyataan mengenai insiden tersebut,

Pertama sekali, kami memohon maaf atas kegusaran yang dialami penonton disebabkan oleh kes pelakon Bae Sung-woo (kini sedang muncul dalam drama ‘Delayed Justice’) memandu dalam keadaan mabuk. Ini adalah kenyataan pihak produksi mengenai hal tersebut.

Selepas mendengar berita mengenai hal itu, pihak produksi dan stesen penyiaran SBS telah mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini dan konklusi yang dicapai ialah tidak dapat dielak daripada pelakon tersebut supaya meninggalkan drama ini. Dengan itu, Bae Sung-woo tidak akan menyertai lagi penggambaran dan plot akan drama ini masih lagi dalam perbincangan.

Selepas tayangan episod 12 pada 12 Disember nanti, ‘Delayed Justice’ akan berehat selama tiga minggu daripada tayangan untuk penyusunan semula dan bakal menyambung tayangan pada tahun hadapan. Disebabkan penggambaran suntingan sehingga episod 16 sudah pun selesai, kesemua babak Bae Sung-woo akan disunting sebanyak mungkin dan episod 17 hingga 20 nanti akan dirakamkan tanpa kehadiran pelakon tersebut. Kami akan bersedia untuk menayangkan drama ini tanpa sebarang masalah. Kami berharap agar anda memahami keputusan ini kerana ianya dibuat selepas menimbal balik arah tuju drama ini daripada sudut pandangan penonton. Selain turut mengambil kira kesan buruk yang mungkin dilalui oleh staf dan pelakon lain.

Kami sekali lagi memohon maaf atas kesulitan ini sehingga menjejaskan pengalaman menonton ‘Delayed Justice’.

bae sungwoo

Nampaknya ini adalah keputusan terbaik yang mampu dicapai oleh pihak produksi “Delayed Justice”. Kepada penonton, anda terpaksa menantikan sehingga tahun hadapan bagi menyaksikan beberapa episod penghujung drama ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...