Tipulah kalau ada yang kata mereka tak tonton “Lovely Runner”.
Rating episod ke-11 drama tvN itu telah meraih purata rating 5.7% di kawasan metropolitan dengan titik tertinggi 6.5%, purata 4.7% untuk isi rumah seluruh negara dengan catatan tertinggi 5.4%.
Oleh itu, “Lovely Runner” merekodkan rating tertinggi selama 6 minggu berturut-turut untuk slot tayangan yang sama bagi semua saluran termasuklah siaran awam.
Dalam episod ini, Im Sol (Kim Hye-yoon) dan Ryu Sun-jae (Byun Woo-seok) cuba menghabiskan masa romantik bersama kerana tahu mereka hanya ada masa sebulan sahaha sebelum takdir menentukan segalanya.
Rugi tak tonton drama ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.