Ikuti Kami:

“6 Bulan Tak Berhubung..” – Hyoyeon Dedah Ahli Girls’ Generation Tak Bercakap?

“6 Bulan Tak Berhubung..” – Hyoyeon Dedah Ahli Girls’ Generation Tak Bercakap?

Apabila sudah lama bersama, pastinya akan ada perubahan dinamik pada hubungan antara ahli kumpulan K-Pop.

Sama seperti Hyoyeon yang mendedahkan bahawa ahli Girls’ Generation jarang bercakap dengan satu sama lain kini.

Ulas wanita itu yang aktif sebagai DJ dan penyanyi solo menerusi ‘Lee Eun-ji’s Music Plaza’ sama ada dia ada berbincang dengan ahli lain mengenai lagu barunya ‘Picture’,

Kami ada ramai ahli, dan banyak jadual dilalui secara individu. Sebab itu kami tak berminat nak tahu apa yang dilakukan satu sama lain.

hyoyeon snsd

Tambahnya,

Saya tak bersembang dengan mereka semasa menyiapkan album ini juga. Saya beritahu yang saya akan meriliskan lagu solo dan membuat persembahan di program muzik tapi mereka tak beri apa-apa maklum balas.

Memilih Tiffany dan Sooyoung sebagai ahli yang paling pantas menjawab panggilan, akui Hyoyeon lagi,

Sejujurnya, saya mungkin atau tak mungkin bercakap dengan mereka lebih dari 6 bulan.

Biasalah bila dah rapat kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...