Utama Tempatan Hyoyeon SNSD Dedah Sebab Orang Korea Suka Beli Ubat Gigi DARLIE Ketika...

Hyoyeon SNSD Dedah Sebab Orang Korea Suka Beli Ubat Gigi DARLIE Ketika Di Malaysia

hyoyeon snsd

Siapa sangka orang Korea rupanya mempunyai misi untuk ‘bershopping’ apabila melancong ke Malaysia.

Bukan sahaja orang biasa malah artis Korea juga turut memastikan mereka membeli sesuatu apabila berada di sini untuk konsert atau pun kita berjalan-jalan.

Menerusi tweet seorang penterjemah bahasa Korea yang berbangsa Melayu iaitu Shah Azami, Hyoyeon SNSD juga turut sempat membeli-belah di pasar raya terkemuka di Selangor semasa hadir untuk sebuah konsert baru-baru ini.

Katanya, idola itu mencari ubat gigi berjenama Darlie dan lada sulah tempatan bagi dibawa pulang ke Korea.

Apabila ditanya kenapa, Hyoyeon mengatakan bahawa ubat gigi itu dijual dengan harga yang tinggi di sana selain hanya boleh didapati di farmasi. Tak sangka kan?

hyoyeon malaysia

Hyoyeon nampak macam orang lokal dalam gambar tu!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Loading...