Ikuti Kami:

“5 Tahun Nanti..” – Jang Hyuk & Jang Nara Ulas Hasrat Untuk Terajui Drama Sejarah Bersama

“5 Tahun Nanti..” – Jang Hyuk & Jang Nara Ulas Hasrat Untuk Terajui Drama Sejarah Bersama

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan Jang Hyuk dan Jang Na-ra dalam sebuah drama baru tak lama lagi!

Bagi yang belum tahu, Jang Hyuk dan Jang Na-ra bakal terajui drama komedi thriller “Family” yang mengisahkan tentang suami ejen NIS yang menyamar sebagai pekerja pejabat biasa dan isteri yang manis namun kejam, juga mengimpikan keluarga yang sempurna.

Terbaru pada 12 April, Jang Hyuk dan Jang Na-ra telah menghadiri sidang akhbar untuk “Family”, di mana mereka ada berkongsi sedikit sebanyak mengenai drama itu.

Untuk pengetahuan, ini adalah kali keempat kedua pelakon itu bekerjasama selepas “Bright Girl’s Success”, “You Are My Destiny” dan “Old Goodbye”. Ketika sesi temu bual, Jang Na-ra berkata,

Baru-baru ini, Jang Hyuk memberitahu saya ‘Saya rasa kami adalah adik-beradik dalam kehidupan yang lalu’ dan ia benar-benar terasa seperti itu. Jika dia berkata ‘Mari kita bekerjasama lagi’, saya bersedia melakukannya. Saya mahu bekerjasama walaupun dalam drama lama seperti ‘Jumong’.

tvn family

Tambah Jang Hyuk pula,

Kami bersetuju untuk bertemu dalam drama sejarah dalam tempoh lima tahun nanti. Saya pernah melihat Jang Na-ra dalam usia 20-an dan 30-an dan kini dia sudah matang.

Kemudian, pelakon lelaki itu turut menjelaskan mengenai keserasian mereka dalam drama “Family”,

Walaupun dalam drama komedi romantik, bukan mudah untuk menjadikannya realistik. Tetapi dengan Jang Na-ra, kami mengimbangi bahagian yang realistik.

Dalam pada itu, “Family” akan mula bersiaran pada 17 April ini di Disney+.

Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...