Ikuti Kami:

5 Kali Percintaan & Perkahwinan Gagal, Netizen Ungkit Sisi ‘Buaya’ Lee Donggun

5 Kali Percintaan & Perkahwinan Gagal, Netizen Ungkit Sisi ‘Buaya’ Lee Donggun

Cinta memang boleh dikejar dan didapati tapi tak semestinya ianya boleh bertahan sehingga selamanya.

Siapa yang mengenali Lee Dong-gun, pastinya tahu bahawa lelaki itu sudah beberapa kali melalui siri kegagalan percintaan sepanjang kariernya. Diam tak diam, pelakon lelaki tersebut sebenarnya sudah pun 5 kali terputus hubungan di pertengahan jalan.

Kim Min-jung

Lee Dong-gun mengakui hubungan cintanya bersama Kim Min-jung pada 2022 selepas bekerjasama dalam satu projek di MBC. Tidak mendapat perhatian ramai kerana masih lagi pelakon baru, keduanya berpisah selepas setahun setengah kerapa perbezaan personaliti.

lee donggun kim minjung

Han Ji-hye

Mula berkenalan dalam drama “Sweet 18”, Lee Dong-gun dan Han Ji-hye kemudian mengakui hubungan cinta pada umum dan berlakon bersama dalam “My Boyfriend Is Type B” selepas itu. Pun begitu, pelakon wanita itu memadam kesemua gambar mereka di media sosial miliknya dan mengumumkan bahawa hubungan itu sudah berakhir.

lee donggun han jihye

Cha Ye-ryun

5 tahun lebih muda, Cha Ye-ryun bercinta dengan lelaki itu pada 2008. Mereka berdua kian rapat selepas berlakon bersama dalam drama “Star’s Lovers”. Sepanjang 2 tahun bersama, pasangan ini mencuba sebaik mungkin untuk melangkaui perbezaan antara mereka berdua tapi sayang berpisah semasa lelaki itu memasuki latihan ketenteraan.

lee donggun cha yeryun

Jiyeon T-ARA

Meski 13 tahun perbezaa, Lee Dong-gun mengakui hubungan bersama Jiyeon T-ARA pada 2015. Walaupun ramai mengkritik pasangan itu kerana si wanita hanyalah ahli idola dan terpalit dengan kes buli pada ketika itu namun mereka kelihatan senang meluangkan masa bersama di khalayak umum. Pun begitu, keduanya berpisah selepas 2 tahun atas alasan sibuk dengan jadual masing-masing.

jiyeon lee donggun

Jo Yoon-hee

26 hari selepas berpisah dengan Jiyeon, Lee Dong-gun didedahkan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama rakan pelakon dalam drama “The Gentlemen of Wolgyesu Tailor Shop” iaitu Jo Yoon-hee. 3 bulan kemudian, pasangan itu mengumumkan bahawa mereka berkahwin dan sedang menimang cahaya mata pertama.

lee donggun jo yoonhee

Berita itu nyata dibanjiri kritikan ramai memandangkan lelaki tersebut dituduh curang ketika masih bersama Jiyeon selain menyelar Jo Yoon-hee kerana menjadi orang ketiga. Pun begitu, hubungan tersebut penuh liku dan mereka berpisah selepas 3 tahun berkahwin. Malah Lee Dong-gun mengakui bahawa perpisahan itu adalah salahnya sendiri memandangkan dia sering memandang enteng keperluan isterinya seperti terlupa mengenai hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Akan ada jodoh  yang lebih baik nanti..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...