Ikuti Kami:

Kembali Berlakon Selepas 4 Tahun Penceraian, Netizen Ungkit Kontroversi Lee Donggun

Kembali Berlakon Selepas 4 Tahun Penceraian, Netizen Ungkit Kontroversi Lee Donggun

Sepertinya percubaan Lee Dong-gun untuk kembali ke dalam dunai seni dibalas dengan respon mendatar dari penonton.

Dalam “Celebrity”, lelaki itu kembali dengan watak antagonis Jin Tae-jin di mana dia sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga statusnya sebagai pemilik firma guaman berpengaruh.

Dipandang sepi

Meskipun siri Netflix itu menduduki tangga yang tinggi di dalam ranking global dan pasangan keduanya iaitu Lee Chung-ah dan Lee Dong-gun menerima perhatian ramai namun hanya salah seorang dari mereka yang dipuji. Dengan Lee Chung-ah yang menerima respon positif kerana visual dan pembawaan watak yang meyakinkan, Lee Dong-gun pula tidak mendapat respon yang baik kerana kontroversi lamanya.

lee donggun

4 tahun berehat, lelaki itu mendedahkan bahawa dia sibuk menjaga anak perempuannya selepas bercerai dan kehilangan hak penjagaan anaknya itu semasa sidang media “Celebrity”. Apa pun, netizen mengkritik penjelasan itu kerana mengatakan pelakon lelaki berkenaan hanya ‘berlakon kasihan’ untuk menutup kesalahan lalunya.

Kisah cinta berbelit

Bagi yang tidak mengetahui, Lee Dong-gun dahulu pernah bercinta dengan Jiyeon T-ARA yang 13 tahun lebih muda darinya. Meskipun mencanang bahawa idola itu ialah ‘takdir’nya namun mereka berpisah selepas 2 tahun bercinta.

Malah lelaki itu sekali lagi dikecam apabila menjalin cinta bersama Jo Yoon-hee selepas sebulan sahaja berpisah dengan Jiyeon. Dalam masa 3 bulan menjalin kasih, keduanya mengumumkan mereka akan berkahwin selain sedang menantikan kelahiran anak pertama.

lee chungah lee donggun

Bukan itu sahaja, Lee Dong-gun juga disyaki menduakan cinta Jiyeon kerana ditangkap menghantar mesej mesra pada Jo Yoon-hee pada Disember 2016, semasa masih lagi bercinta dengan ahli T-ARA itu.

Mungkin tiada tuah, Lee Dong-gun kemudiannya berpisah selepas 3 tahun bersama. Dengan reaksi dingin netizen, lelaki itu tenggelam dibawa arus dan mendiamkan diri selama 4 tahun sebelum yakin untuk kembali ke dalam dunia seni.

Agaknya apakah projek Lee Dong-gun selepas ini..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...