Nampaknya, ada beberapa lagu BLACKPINK dalam album “BORN PINK” yang telah dilarang untuk dimainkan di stesen TV KBS.
Terbaru pada 21 September, KBS telah mengeluarkan keputusan kelayakan kandungan untuk lagu yang boleh disiarkan di saluran tersebut.
Menerusi keputusan, lagu BLACKPINK “Shut Down”, dan lagu sampingan “Tally”, “Pink Venom” serta “Hard to Love” diharamkan untuk disiarkan di saluran KBS, kerana tidak memenuhi kriteria penyiaran.
https://twitter.com/BLACKPINK_BBU/status/1572461973144768513
Khususnya, lagu “Shut Down” dan “Pink Venom” telah hilang kelayakan untuk siaran kerana sebutan nama jenama seperti ‘Lamborghini’ dan ‘Celine’ dalam lirik lagu tersebut.
Manakala “Tally” dan “Hard to Love” dilarang kerana menggunakan frasa atau perkataan yang ‘kasar’ dan tidak sesuai untuk tontonan umum.
Hmm..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.