Ikuti Kami:

“4 Hari Tak Tidur..” – Tiada Masa Berehat, Jennie BP Dedah Kesukaran Jadi Idola Dengan Jadual Padat

“4 Hari Tak Tidur..” – Tiada Masa Berehat, Jennie BP Dedah Kesukaran Jadi Idola Dengan Jadual Padat

Bukan senang tau kehidupan sebagai seorang idola ni..

Dalam episod terbaru program Yoo Jae-suk “Pinggyego” di YouTube, Jennie BLACKPINK telah tampil sebagai tetamu dan ada menceritakan tentang jadual sibuknya sebagai idola sehinggakan dia tidak tidur selama 4 hari.

Kongsi wanita itu pada awalnya,

Saya bangun pada pukul 7:45 pagi. Saya tidak boleh tidur kerana jet lag. Saya rasa saya sudah biasa dengan penggambaran waktu pagi kerana program ‘Apartmen 404’. Saya sudah menyesuaikan diri dengan penggambaran awal seperti ini dalam hidup saya.

Kemudian Cha Tae-hyun yang turut hadir sebagai tetamu bertanya,

Awak akan pergi buat rakaman di program muzik pada awal pagi kan?

Jawab Jennie,

Apabila saya aktif membuat promosi, saya tak tidur langsung. Saya rasa saya pernah tak tidur selama kira-kira 4 setengah hari. Ketika saya membuat penggambaran muzik video atau ada rakaman lain, situasi seperti itu akan berlaku.

Fuh sampai 4 hari.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...