Adakah Kim Seon-ho bakal kembali ke dunia program hiburan tak lama lagi?
Baru-baru ini, foto Kim Seon-ho dan Moon Se-yoon berjalan bersama di Thailand telah dimuat naik ke pelbagai komuniti dan media sosial.
Dalam foto berkenaan, mereka berdua dilihat berjalan di sekitar tempat popular dan kejiranan negara itu bersama kamera di tangan serta dkelilingi sekumpulan individu yang kelihatan seperti pasukan produksi.
Malah ada ketika mereka meletakkan kamera di atas meja makan menandakan seperti mereka sedang menjalani rakaman untuk penggambaran program. Ramai yang menebak bahawa mereka mungkin sedang dalam persiapan untuk musim kedua “Eat and Watch Brothers” yang ditayangkan di SBS Plus.
That’s when everyone knows he is Seonho in the temple!!! 🤪🤪🤪Nodding goodbye respectfully !! 🥰🥰🥰#김선호 #KimSeonHo
Credit to owner pic.twitter.com/dlN8oa014s
— js (@jkshum) February 28, 2024
Pernah bekerjasama dalam “2 Days 1 Night” sebelum ini, ramai yang kecewa apabila Kim Seon-ho terpaksa meninggalkan rancangan itu atas sebab isu peribadi pada masa itu. Jika benar rakaman ini, bermakna ini merupakan reunion mereka berdua selepas 3 tahun,
Manakala agensi Kim Seon-ho telah mengesahkan bahawa pelakon lelaki itu akan muncul dalam rancangan itu sebagai salah seorang tetamu.
Musim kedua “Eat and Watch Brothers” dijangka bakal disiarkan pada bulan Mac akan datang.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.