Ikuti Kami:

3 Tahun Berlalu, Kim Heesun Sah Akan Sertai Lee Soogeun Dalam Program Hiburan Baru tvN

3 Tahun Berlalu, Kim Heesun Sah Akan Sertai Lee Soogeun Dalam Program Hiburan Baru tvN

Kim Hee-sun bakal bergandingan dengan Lee Soo-geun dalam program hiburan baru.

Pada 1 April, media telah melaporkan bahawa Kim Hee-sun akan muncul dalam program hiburan baru tvN buat kali pertama selepas “Honeymoon Tavern” tamat pada 3 tahun lalu.

Dalam masa yang sama, pelawak terkenal Korea, Lee Soo-geun juga telah disahkan sebagai ahli tetap rancangan itu. Ianya sekaligus menjadikan rancangan ini sebagai gandingan kedua mereka sejak rancangan “Talkmom” pada tahun 2018.

lee-soogeun-kim-hee-sun

Sebagai respon kepada laporan tersebut, agensi Kim Hee-sun telah mengeluarkan kenyataan yang berkata,

Ianya benar bahawa Kim Hee-sun akan muncul dalam program hiburan baru tvN. Namun, tempoh penggambaran serta kandungan program tersebut masih belum diputuskan.

Sementara itu, Kim Hee-sun kini sedang bersiap sedia untuk drama baru MBC iaitu “Our Home”.

Mesti kelakar kan nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   News 1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...