Mesti ramai kan yang rindu nak tengok 2NE1 kembali bersatu?
Terbaru pada 12 Julai, Sandara Park telah muncul dalam saluran YouTube “1theK Originals”, di mana selebriti itu ada menjawab beberapa fakta tentang dirinya.
Dalam siaran itu, Dara ada mengimbas kembali ketika 2NE1 masih aktif mempromosikan aktiviti kumpulan mereka. Dia meluahkan rasa kesalnya,
Ini sangat menyedihkan. Ia tidak bermakna kami bukan 2NE1 hanya kerana kami bubar. Saya rasa ahli akan sentiasa setuju dengan saya.
Selain itu, wanita tersebut turut meluahkan perasaannya membuat persembahan di pentas Coachella sebagai 2NE1 pada tahun lalu,
Kami membuat persembahan bersama selepas 7,8 tahun, jadi saya fikir orang tak akan kenal siapa kami. Saya pergi ke sana tanpa jangkaan tetapi jeritan ketika pentas kami bermula dan nyanyian bersama untuk ‘I AM THE BEST’ adalah seperti filem.
Sambungnya lagi dengan memberitahu tentang kemungkinan untuk peminat melihat reunion 2NE1,
Kami boleh menjadi legenda sejati jika kami teruskan tanpa berpisah. Mengenai reunion kumpulan, saya benar-benar tidak tahu kerana kami semua berada di agensi berbeza jadi ianya satu kerumitan.
Selamat maju jaya buat semua ahli 2NE1!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉