Ikuti Kami:

24 Tahun Aktif Berlakon, Kim Bum Dedah Sebab Lee Dongwook Sukar ‘Ditangkap’ Bercinta

24 Tahun Aktif Berlakon, Kim Bum Dedah Sebab Lee Dongwook Sukar ‘Ditangkap’ Bercinta

Meskipun sudah lebih 20 tahun dalam industri, namun Lee Dong-wook boleh dikatakan jarang terpalit dengan gosip cinta.

Malah, pelakon lelaki itu hanya pernah sekali mengakui hubungan cinta bersama Suzy selepas mereka ditangkap keluar bersama pada 2018. Namun hubungan itu hanya bertahan selama 4 bulan dan mereka berpisah dengan alasan ‘jadual yang sibuk’.

Menerusi sebuah temubual bersama majalah, Kim Bum mungkin secara tak sengaja telah mendedahkan mengapa Lee Dong-wook tiada masa untuk bercinta. Katanya apabila disuruh memilih sama ada membiarkan adik perempuannya bercinta dengan Lee Yeon (watak ‘Tale Of The Nine Tailed’) atau pun Lee Dong-wook sebenar, dia memilih watak Lee Yeon. Jelasnya,

Pertama sekali, Lee Dong-wook sebenar ialah seorang yang sangat sibuk hingga sukar untuk berjumpanya, bahkan saya juga susah untuk bertemu dengannya.

kim bum lee dongwook

Nah, patutlah Lee Dong-wook sukar ditangkap bercinta sebabnya dia sibuk sangat dengan jadual seni. Atau pun dia pandai menyembunyikannya?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...