’20th Century Girl’ No 2 Rancangan Bukan Bahasa Inggeris Paling Popular Di Netflix Kini
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Nampaknya, ramai sudah pun menonton filem “20th Century Girl” di Netflix, kan?
Bagi yang belum tahu, “20th Century Girl” ialah filem romantik yang mengisahkan tentang cinta pertama yang menyakitkan namun membuatkan hati berbunga buat Na Bo-ra, seorang gadis berusia 17 tahun pada tahun 1999. Daripada persahabatan yang hadir sebelum cinta dan mereka kembali bertemu pada abad ke-21. Ianya dibintangi Kim Yoo-jung, Byeon Woo-seok, Roh Yoon-seo dan Park Jung-woo.
Terbaru, filem tersebut berjaya menduduki tempat kedua dalam senarai Top 10 rancangan bukan bahasa Inggeris teratas di global Netflix, hanya dalam masa tiga hari sejak ia ditayangkan.
문득 그리워지는 그 사람, 그 시절의 우리.
당신은 첫사랑과 진짜 이별을 했나요?#20세기소녀 #20thCenturyGirl #김유정 #KimYouJung #변우석 #ByeonWooSeok #한효주 #HanHyoJoo #넷플릭스 #Netflix pic.twitter.com/2oCuY5sqyg— Netflix Korea|넷플릭스 코리아 (@NetflixKR) October 27, 2022
Bagi membalas kasih sayang dan sokongan yang diterima dari penonton seluruh dunia, Netflix telah mengeluarkan poster khas “20th Century Girl”, memaparkan Han Hyo-joo yang memainkan watak Na Bo-ra ketika dewasa, mengimbau kembali kenangan silam dirinya bersama cinta pertamanya Poong Woon-ho.
Tambahan, “20th Century Girl” turut tersenarai dalam Top 10 Filem Netflix di 33 negara temasuk Korea, Jepun, Taiwan, Brazil dan Malaysia sendiri.
Korang dah tonton ke filem ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




