Dah hampir seminggu berlalu, sepertinya ramai yang masih teringat mengenai kesudahan “20th Century Girl”.
Melihatkan ending pahit manis antara watak utama Na Bo-ra (Kim Yoo-jung) dan Poong Woon-ho (Byun Woo-seok), rata-rata penonton meluahkan keinginan untuk melihat sambungan ataupun sekuel bahagia buat mereka.
Kata pengarah Bang Woo-ri yang meningkatkan harapan ramai semasa Festival Filem Antarabangsa Busan baru-baru ini,
Kalau semuanya berjalan lancar, kami akan menghasilkan spin-off.
Malah kesemua pelakon utamanya iaitu Kim Yoo-jung, Byun Woo-seok, Park Jung-woo dan Roh Yoon-seo turut meluahkan rasa teruja mendengarkan cadangan itu selain bersetuju untuk menyertai sekuel “20th Century Girl” sekiranya ia dihasilkan.
Naskhah romantik ini mengisahkan cinta pertama yang menyakitkan namun membuatkan hati berbunga buat Na Bo-ra, seorang gadis berusia 17 tahun pada tahun 1999. Daripada persahabatan yang hadir sebelum cinta dan mereka kembali bertemu pada abad ke-21.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.