Ikuti Kami:

“20 Tahun Saya Berlakon..” – Konflik Dengan Agensi, Song Jihyo Luah Perasaan Kecewa

“20 Tahun Saya Berlakon..” – Konflik Dengan Agensi, Song Jihyo Luah Perasaan Kecewa

Sepanjang mengenali Song Ji-hyo, tidak pernah wanita itu meluahkan perasaan mengenai kariernya.

Terdahulu, ahli “Running Man” itu mengumumkan bahawa dia bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas agensi Uzurocks atas dakwaan ‘hilang kepercayaan’ kerana tidak membayar pendapatan artis dan juga staf.

Meskipun agensi itu cuba berdalih bahawa mereka akan menamatkan kontrak secara baik namun pihak Song Ji-hyo berjanji tidak akan berganjak daripada tuntutan wang hasil kerja mereka.

song jihyo

Pada pagi ini, wakil Song Ji-hyo telah meriliskan kenyataan pada media mengenai situasi itu,

Song Ji-hyo sudah aktif sebagai pelakon selama 20 tahun. Kenapa agaknya dia memilih untuk membuat keputusan sedemikian? Saya juga pertama kali menghadapi situasi ini. Saya tak dapat menjelaskan isu ini dengan lebih lanjut tapi kami boleh mengatakan yang keputusan ini dibuat selepas bersabar lama.

Dalam pada itu, media lain semakin meragui kenyataan yang dikeluarkan Uzurocks apabila mereka dikatakan membayar artis pada setiap suku tahun. Menurut wakil industri hiburan, ini pertama kali mereka mendengar artis dibayar dengan cara sedemikian sedangkan syarikat lain biasanya membayar pada setiap bulan.

uzurocks

Malah kenyataan asal agensi itu yang menafikan Song Ji-hyo sudah keluar agensi pada awalnya berubah sepantas kilat dalam 3 jam sahaja selepas pelakon itu mengeluarkan kenyataannya. Tiba-tiba, mereka bersetuju untuk melepaskan pelakon itu namun tidak menyebut langsung mengenai isu pembayaran yang menyebabkan konflik utama mereka.

Untuk pengetahuan, Uzurocks turut menjadi rumah kepada ahli “Running Man” iaitu Ji Suk-jin dan artis lain seperti Lee Hyun-woo, Baekga, Oh Man-seok, Zelo, Ki Do-hun Jung Ha-na (Zinger) dan ramai lagi.

Semoga keadilan berpihak pada Song Ji-hyo.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...