Ikuti Kami:

2 Tahun Menanti, ‘Fly High Butterfly’ Hanya Tayang Di Laman Penstriman

2 Tahun Menanti, ‘Fly High Butterfly’ Hanya Tayang Di Laman Penstriman

Hampir 2 tahun menanti, akhirnya “Fly High Butterfly” sudah pun menemui penonton di laman penstriman di Taiwan baru-baru ini.

Drama ini membawa kisah dunia pereka rambut berbakat yang bekerja di sebuah salon rambut dan berjanji akan mengubah pelanggan mereka kepada ‘rama-rama cantik’. Drama ini akan membawa penonton melihat individu belajar untuk menyayangi diri mereka di dalam dunia di mana gaya rambut menyempurnakan 90 peratus daripada penampilan fizikal seseorang itu.

fly high butterfly

Sepatutnya ditayangkan di JTBC, kesemua 16 episod drama berkenaan di Taiwan menerusi LTV pada Julai lalu. Kini, siri berkenaan turut boleh diakses di beberapa laman lain yang boleh dicapai di internet.

Kalau korang nak tahu, “Fly High Butterfly” diterajui oleh Choi Daniel, Oh Yoon-ah, kim Hyang-gi, Shim Eun-woo, Park Jung-woo dan ramai lagi.

Jangan lupa nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...