Nampaknya Cassiopeia dah ada anak buah kini!
Terbaru, media melaporkan bahawa Changmin TVXQ telah pun selamat menimang chaya mata sulung. Khabarnya, isterinya bersalin di sebuah hospital di Seoul lewat tengah hari 17 Oktober dan kedua-dua bayi dan ibu berada dalam keadaan yang baik.
Kata teman rapat,
Changmin berusaha keras untuk melindungi isterinya dari hamil sehinggalah beranak kini.
Respon SM Entertainment mengesahkan berita itu,
Benar, Changmin telah selamat menimang cahaya mata lelaki.
Untuk pengetahuan, ahli TVXQ itu telah pun berkahwin pada 2020 selepas mengumumkan percintaan dengan wanita bukan selebriti.
Tahniah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.