Ikuti Kami:

Kembali Dengan Album ‘Devil’, Changmin TVXQ Terus Dominasi Carta iTunes Seluruh Dunia

Kembali Dengan Album ‘Devil’, Changmin TVXQ Terus Dominasi Carta iTunes Seluruh Dunia

Chang-min TVXQ telah kembali dengan album baharu!

Pada 13 Januari, Chang-min telah membuat kemunculan semula solo dengan album mini kedua “Devil”. Sejurus selepas dikeluarkan, album itu terus melonjak ke puncak carta iTunes di banyak negara seluruh dunia. Setakat 9:30 pagi pada 14 Januari, “Devil” telah pun mencapai No. 1 di carta Album Teratas iTunes di sekurang-kurangnya 14 wilayah berbeza, termasuk Jepun, Arab Saudi, Thailand, Singapura, Turki, Hong Kong, Indonesia, Colombia , Vietnam, Lithuania, Taiwan, Malaysia dan Filipina.

Chang-min merupakan artis pertama di bawah agensi SM Entertainment, yang mengeluarkan album pada 2022. Dia berkata,

Memandangkan ia adalah album pertama yang saya keluarkan setelah sekian lama, saya membuat persediaan dengan tekun dan teliti. Ini juga adalah album pertama yang dikeluarkan oleh SM Entertainment pada tahun 2022, saya secara peribadi berpendapat ia adalah satu penghormatan untuk menjadi yang pertama pada tahun baharu untuk agensi itu. Saya teruja. Rasanya sekarang, semakin kurang peluang untuk berkomunikasi secara peribadi dengan peminat walaupun ketika membuat promosi sebagai penyanyi, jadi saya ingin mempamerkan pelbagai aktiviti seperti mengacara program radio dan pelbagai lagi, untuk berinteraksi dengan mereka.

Tonton muzik video “Devil” oleh Chang-min di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...