Ikuti Kami:

2 Juta Tontonan Dalam Sehari, Ramai Tersentuh Bila Song Hyekyo Sebut Ini Dalam Ucapan Kemenangan

2 Juta Tontonan Dalam Sehari, Ramai Tersentuh Bila Song Hyekyo Sebut Ini Dalam Ucapan Kemenangan

Sepertinya video ucapan Song Hye-kyo meninggalkan impak buat orang ramai yang menonton ‘Anugerah Baeksang 2023’.

Setakat dua hari ini, video ucapan wanita itu yang memenangi anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik’ sudah pun mencapai 2 juta tontonan.

Guraunya semasa menerima trofi ini selain melakukan parodi terhadap watak sendiri dalam “The Glory”,

Yeon-jin ah, saya menang anugerah. Saya sangat seronok.

song hyekyo

Melihatkan sedutan klip itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum kerana bintang popular itu kekal merendah diri dan tetap bersyukur meskipun sudah banyak kali memenangi anugerah sebelum ini.

Bukan sahaja meluahkan rasa terima kasih buat staf “The Glory” termasuklah penulis Kim Eun-sook dan pengarah Ahn Gil-ho, dia turut tidak lupa meninggalkan pesanan buat ibunya,

Saya merasakan ibu saya akan berasa gembira setelah sekian lama. Dia selalu risaukan saya, jadi saya berharap agar dia tenang hari ini.

song hyekyo

Dalam pada itu, “The Glory” turut memenangi beberapa anugerah lain iaitu ‘Drama Terbaik’ dan ‘Pelakon Pembantu Wanita Terbaik’ di mana Im Ji-yeon berjaya merangkulnya.

Song Hye-kyo hebat!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...