Ikuti Kami:

2 Hari Lebih Awal, Seungri Keluar Dari Penjara Hari Ini

2 Hari Lebih Awal, Seungri Keluar Dari Penjara Hari Ini

Pejam celik, pejam celik, Seungri akan keluar dari penjara hari ini?

Baru-baru ini, JTBC melaporkan bahawa Seungri akan dibebaskan pada 11 Februari tetapi dia telah keluar dua hari lebih awal dari tarikh asalnya iaitu pada hari ini.

Untuk pengetahuan korang, Seungri merupakan individu penting dalam kes skandal “Burning Sun” bersama Jung Joon-young dan Choi Joon-hoon pada tahun 2018.

Malah, penyanyi itu terlibat juga dalam 9 kesalahan jenayah termasuklah pelacuran, penyelewangan wang, memulakan keganasan, pelanggaran akta transaksi pertukaran asing dan perjudian.

Seungri

Kemudian, pada bulan Mei 2022, Mahkamah Agung telah menjatuhkan hukuman penjara 1 tahun 6 bulan kepada Seungri. 

Sedikit info, selain Seungri, Jung Joon-young dan Choi Joon-hoon juga dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan 2 tahun pada 2019. Jung Joon-young bakal dibebaskan pada April 2024, dan Choi Joo-hoon telah dibebaskan pada November 2021.

Meskipun ada yang meraikan kepulangan Seungri namun, ada juga netizen yang bertanya sebab penyanyi itu dikeluarkan dari penjara lebih awal dari tarikh asalnya.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...