Peminat Kim Dong-wook syoklah dapat menonton lelaki itu dalam dua drama berbeza dalam slot tayangan sama!
Bagi yang tidak mengetahui, Kim Dong-wook sedang menerajui drama “My Perfect Stranger” yang membawa kisah pengembaraan masa bagi menghentikan satu pembunuhan kini dan “Delightfully Deceitful” iaitu kisah dua individu berbeza dengan pelan balas dendam sama yang baru ditayangkan baru-baru ini.
Sudah 10 episod ditayangkan, rating “My Perfect Stranger” kekal dalam lingkungan 3% ke 4% dengan catatan 4.6% untuk episod terbarunya. Manakala “Delightfully Deceitful” pula bermula dengan rating 4.5% namun menurun sedikit ke 3.4% untuk tayangan episod keduanya.
Melihatkan rekod ini, dapat dilihat bahawa kedua-dua drama Kim Dong-wook bergerak seiring dan menerima sambutan lebih kurang sama oleh penonton K-Drama.
Korang seronok drama yang mana?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉