Ikuti Kami:

‘2 Days 1 Night’ Perjelas Pengunduran Diri Ravi

‘2 Days 1 Night’ Perjelas Pengunduran Diri Ravi

Ingat tak semalam Ravi mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan “2 Days 1 Night”?

Menurut idola itu, dia sudah pun menjalani penggambaran terakhir bersama ahli lain dan sedang bersedia untuk menyertai latihan ketenteraan.

Terbaru, pihak “2 Days 1 Night” mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai berita itu. Katanya, Ravi sememangnya bakal meninggalkan program itu namun pemergian tersebut digambarkan sebagai ‘sementara’ dan bukan selamanya.

kbs 2 days 1 night

Ulas mereka,

Hello, ini ialah pasukan produksi ‘2 Days 1 Night’.

Kami ingin memaklumkan yang Ravi bakal mengundurkan diri bagi melaksanakan latihan khidmat ketenteraannya.

Bermula dari perjalanan ‘Wish Us Luck’ yang akan ditayangkan minggu hadapan, kami akan berpisah secara sementara dengan Ravi dan kami meminta sokongan anda buatnya pada masa hadapan.

Kami akan mengumumkan perkembangan masa hadapan mengenai program ini apabila ianya disahkan.

Kami akan menjadi pasukan ‘2 Days 1 Night’ yang melakukan terbaik untuk mencipta program yang hebat. Terima kasih.

Maknanya Ravi akan kembali lah kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...