Ikuti Kami:

Ravi Umum Undur Diri Dari ‘2 Days 1 Night’

Ravi Umum Undur Diri Dari ‘2 Days 1 Night’

Selepas seorang demi seorang, nampaknya ada seorang lagi yang bakal meninggalkan program “2 Days 1 Night”.

Terbaru, Ravi mengumumkan menerusi siaran langsung V LIVE bahawa dia bakal meninggalkan program tersebut selepas 2 tahun 4 bulan bersama.

Katanya,

Saya membuat keputusan untuk melakukan siaran langsung ini kerana mahu peminat mengetahui mengenai pemergian itu dahulu.

ravi vixx

Ahli VIXX itu turut memberikan gambaran bahawa sudah tiba masanya untuk menyertai latihan khidmat ketenteraan tak lama nanti namun tidak menyatakannya dengan spesifik.

Tambahnya,

Saya selalu merasakan bahawa masa berlalu dengan pantas tapinya ia memang laju. Ianya merupakan pengembaraan terakhir, namun saya berseronok dengan abang-abang dan In-woo.

Jelasnya, mereka sudah pun merakamkan episod terakhirnya bersama program itu baru-baru ini.

kbs 2 days 1 night

Dalam pada itu, Ravi mendedahkan bahawa dia sedang melakukan yang terbaik untuk pelbagai perkara seperti tugasan di syarikat, album baru dan untuk konsert yang bakal berlangsung tak lama nanti.

Sedihnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...