Nampaknya, akan ada ramai artis Korea yang akan membuat persembahan di Malaysia pada tahun ini!
Terbaru, pelakon dan penyanyi Lee Seung-gi telah diumumkan bakal mengadakan konsert jelajah Asia 2023 “The Dreamer’s Dream-chapter 2” di Kuala Lumpur.
Menerusi poster yang dilancarkan, pelakon “Vagabond” itu akan menemui peminat di Malaysia pada 5 Jun ini, di Megastar Arena.
https://twitter.com/_hallyupop/status/1641484481885511682?s=20
Untuk pengetahuan, Lee Seung-gi akan memulakan konsert jelajahnya di Seoul pada Mei nanti, diteruskan dengan Taipei, Singapore, Tokyo, Manila, Jakarta, Osaka, Kuala Lumpur dan akhir sekali di Bangkok.
Sementara itu, Lee Seung-gi akan berkahwin dengan pilihan hatinya Lee Da-in pada 7 April ini.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉