Ikuti Kami:

13 Tahun Selepas ‘Boys Over Flowers’, Kim Bum & Lee Minjung Reunion Bersama

13 Tahun Selepas ‘Boys Over Flowers’, Kim Bum & Lee Minjung Reunion Bersama

Siapa pernah layan K-Drama “Boys Over Flowers” dulu?

Pada 25 Ogos semalam, ramai selebriti telah hadir di acara pop-up store bagi jenama Montblanc. Antaranya ialah Kim Bum dan Lee Min-jung, yang merupakan pelakon dalam drama popular “Boys Over Flowers” yang ditayangkan pada 13 tahun lepas.

Sejurus selepas acara itu tamat, Lee Min-jung telah berkongsi foto reunion bersama Kim Bum di Instagram miliknya. Dia turut menulis kapsyen,

Saya jumpa F4 Kim Bum di acara Montblanc. Langit semuanya berwarna.

kim bum lee minjung

Kemudian, Kim Bum meninggalkan komen di entri yang sama,

Lama tak berjumpa, Ha Jae-kyung.

Untuk pengetahuan, “Boys Over Flowers” ialah drama yang ditayangkan pada 2009, mengisahkan tentang cinta seorang gadis yang terjerat dalam kehidupan sekumpulan lelaki muda kaya yang diberi nama ‘F4’ di sekolah menengah swasta. Lee Min-jung memainkan watak Ha Jae-kyung, tunang kepada Gu Jun-pyo (Lee Min-ho), dan Kim Bum merupakan salah seorang ahli F4, So Yi-jeong.

Rindu nak tengok drama ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...