Siapa pernah tonton drama hit “Boys Over Flowers” yang ditayangkan pada 2009 terdahulu?
Bagi siapa yang menonton drama “Boys Over Flowers” pastinya akan perasan dengan watak adik kepada Geum Jan-di (Gu Hye-sun), yang dibawa oleh pelakon kanak-kanak Park Ji-bin ketika itu.
Terbaru, Park Ji-bin telah muncul dalam drama baru tvN “Blind”. Ramai yang terkejut apabila mengetahui bahawa dia adalah pelakon yang sama pernah membintangi drama “Boys Over Flowers” pada 13 tahun lepas.
Tambahan, ada yang kagum dengan wajah muda Park Ji-bin, meskipun sudah mencecah usia 27 tahun kini. ‘Baby face’ sangat!
https://twitter.com/kdramadaisy/status/1571881604209078273
Selain “Blind”, Park Ji-bin juga pernah membintangi drama “The Killer’s Shopping List” dan “Bloody Heart”.
Dalam pada itu, “Blind” membawa kisah sekumpulan individu yang menjadi mangsa dan pemangsa biasa yang tidak mahukan kebenaran terbongkar. Drama ini berkisarkan individu yang merupakan detektif, hakim, pelajar undang-undang dan juri.
Comelnya Park Ji-bin!