Ikuti Kami:

11 Tahun Beza Usia, Lee Kyuhan & Yoojeong Brave Girls Dilapor Sedang Bercinta

11 Tahun Beza Usia, Lee Kyuhan & Yoojeong Brave Girls Dilapor Sedang Bercinta

Adakah pasangan baru yang bakal menghiasi dunia hiburan Korea!

Terbaru, media melaporkan bahawa pelakon Lee Kyu-han dan Yoojung BBGIRLS (Brave Girls).

Kata wakil industri yang turut diselitkan dalam laporan itu,

Mereka bertemu pertama kali semasa penggambaran program hiburan dan kemudian bercambah kepada pasangan kekasih baru-baru ini.

Sebelum ini, kedua-dua mereka muncul dalam program “Cheerful, Haven’t You Been Here” pada Februari lalu. Dengan konsep percutian sehari, mereka dikatakan jatuh cinta pandang pertama dan terus bertemu selepas penggambaran itu.

lee kyuhan yoojung

Walau bagaimanapun, kedua-dua agensi selebriti ini sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi dan menafikan gosip cinta berkenaan,

Memang benar mereka berkenalan di program hiburan namun keduanya hanya rapat sebagai senior-junior.

Dalam pada itu, ahli BRAVE GIRLS yang bertukar agensi baru-baru ini kembali aktif dengan nama baru iaitu BBGIRLS.

Manakala Lee Kyu-han pul aterkenal kerana membawa watak sampingan dalam pelbagai drama popular seperti “Battle Of Happiness”, “She Would Never Know”, dan banyak lagi.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...