Ikuti Kami:

“10 Peminat Bertuah Dapat…” – BLACKPINK Anjur ‘Warehouse Visit’ Bagi Album BORN PINK

“10 Peminat Bertuah Dapat…” – BLACKPINK Anjur ‘Warehouse Visit’ Bagi Album BORN PINK

BLACKPINK bakal mengadakan “Warehouse Visit” buat peminat!

Korang pasti dah pernah nampak ada pelbagai majlis K-Pop yang unik tapi kali ini yang paling menarik! BLACKPINK bakal mengadakan majlis “Warehouse Visit” untuk peminat  yang bertuah akan menjadi antara yang pertama untuk mendapatkan album “BORN PINK”.

Semua pasti dah tahu yang BLACKPINK akan lancarkan album “BORN PINK” pada 16 September ini. Jadi, bagi meraikan pelancaran ikonik tersebut, mereka telah berkolaborasi bersama KTOWN4U untuk memberikan satu kenangan yang peminat tidak akan lupakan.

10 peminat bertuah akan berpeluang untuk melawat gudang dan juga pusat pengedaran yang juga merupakan tempat bagi album BORN PINK disediakan.

Kesemua 10 peminat yang bertuah itu akan dipilih daripada jumlah peminat yang tersenarai dalam senarai pra-pesanan album tersebut. KTOWN4U juga telah menyediakan acara unboxing album dan juga pelbagai lagi aktiviti menarik untuk peminat. blackpinkPaling best sekali, kemudahan pengangkutan juga akan disediakan untuk mereka ke gudang dan mereka hanya perlu berkumpul di tempat yang ditetapkan di Seoul. KTOWN4U juga sempat bergurau dengan mengatakan bahawa peminat tidak perlu risau kerana mereka tidak akan berkerja di situ, cukup hanya melihat bagaimana mereka menyediakan album “BORN PINK” tersebut.

Untunglah yang terpilih tu…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...