BLACKPINK bakal mengadakan “Warehouse Visit” buat peminat!
BACA: Raih Perhatian, Harga Pakaian & Aksesori Mewah BLACKPINK Didedah
Korang pasti dah pernah nampak ada pelbagai majlis K-Pop yang unik tapi kali ini yang paling menarik! BLACKPINK bakal mengadakan majlis “Warehouse Visit” untuk peminat yang bertuah akan menjadi antara yang pertama untuk mendapatkan album “BORN PINK”.
Semua pasti dah tahu yang BLACKPINK akan lancarkan album “BORN PINK” pada 16 September ini. Jadi, bagi meraikan pelancaran ikonik tersebut, mereka telah berkolaborasi bersama KTOWN4U untuk memberikan satu kenangan yang peminat tidak akan lupakan.
10 peminat bertuah akan berpeluang untuk melawat gudang dan juga pusat pengedaran yang juga merupakan tempat bagi album BORN PINK disediakan.
https://twitter.com/Ktown4u_kr/status/1567389758153981952
Kesemua 10 peminat yang bertuah itu akan dipilih daripada jumlah peminat yang tersenarai dalam senarai pra-pesanan album tersebut. KTOWN4U juga telah menyediakan acara unboxing album dan juga pelbagai lagi aktiviti menarik untuk peminat. Paling best sekali, kemudahan pengangkutan juga akan disediakan untuk mereka ke gudang dan mereka hanya perlu berkumpul di tempat yang ditetapkan di Seoul. KTOWN4U juga sempat bergurau dengan mengatakan bahawa peminat tidak perlu risau kerana mereka tidak akan berkerja di situ, cukup hanya melihat bagaimana mereka menyediakan album “BORN PINK” tersebut.
Untunglah yang terpilih tu…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.