Siapa yang dah tonton filem malapetaka mendebarkan “Emergency Declaration” di wayang tempatan?
Berasal dari Korea, sudah semestinya ramai penonton Malaysia yang tidak akan melepaskan peluang menonton naskhah ini memandangkan projek dari negara itu tidak pernah menghampakan.
Terbaru, GSC dan TGV iaitu dua nama besar dalam dunia wayang di Malaysia mengumumkan bahawa “Emergency Declaration” berjaya mengutip sebanyak RM4 juta sejak tayangannya pada 4 Ogos lalu.
Thank you Malaysia for making #EmergencyDeclaration the No.1 Korean Movie this year, with over RM4M box office! ✈️
Get your tickets now and experience this epic disaster film in GSC this week! 💥 pic.twitter.com/l0xotkyP7Q
— GSC #PengabdiSetan2 (@GSCinemas) August 15, 2022
Pencapaian yang membanggakan ini turut membawa naskhah itu sebagai filem Korea No.1 di Malaysia bagi tahun 2022.
Sekadar info, “Emergency Declaration” ialah filem yang menceritakan tentang sebuah pesawat yang terpaksa mengisytiharkan kecemasan, apabila keganasan yang tidak pernah terjadi sebelum ini berlaku dalam penerbangan. Ianya dibintangi pelakon hebat Song Kang-ho, Lee Byung-hun, Jeon Do-yeon, Kim Nam-gil, Im Si-wan, Kim So-jin, dan Park Hae-ju.
Hebat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.