Ikuti Kami:

10 Hari Sertai Latihan Ketenteraan, Peminat Lega Park Bogum Kelihatan Segak Dalam Uniform Tentera

10 Hari Sertai Latihan Ketenteraan, Peminat Lega Park Bogum Kelihatan Segak Dalam Uniform Tentera

Selepas 10 hari menyertai latihan khidmat ketenteraan, akhirnya peminat lega apabila foto pelakon lelaki popular iaitu Park Bo-gum diriliskan untuk tatapan semua.

Dengan berpakaian lengkap uniform tentera sambil mengenakan pelitup muka, lelaki itu nampak gagah dan tegap di samping pelatih tentera laut lain yang turut berada dalam foto tersebut.

Untuk pengetahuan semua, Park Bo-gum menyertai unit pancaragam di bawah kelolaan tentera laut dan memulakan latihannya di Pusat Latihan Tentera Laut bertempat di Jinhae, Changwon, daerah Gyeongsang selatan bermula 31 Ogos lepas.

park bogum sertai latihan khidmat ketenteraan

Rata-rata peminat tersenyum riang apabila melihat lelaki itu yang tampil sihat di dalam gambar tersebut. Malahan ramai yang meminta pelakon tersebut untuk segera pulang kerana terlalu merinduinya!

Kepada sesiapa yang rindukan Park Bo-gum, jangan lupa untuk tonton drama “Record Of Youth” yang baru sahaja memulakan tayangan baru-baru ini di Netflix. Manakala pelakon ini dijangka tamat berkhidmat pada April 2022 nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...