Ikuti Kami:

Rating Episod Awal ‘Record Of Youth’ Tinggi & Duduki No 1 Slot Isnin-Selasa Tapi Raih Respons Pro-Kontra Penonton

Rating Episod Awal ‘Record Of Youth’ Tinggi & Duduki No 1 Slot Isnin-Selasa Tapi Raih Respons Pro-Kontra Penonton

Setelah lama menanti, akhirnya Park Bo-gum dan Park So-dam muncul juga dengan drama terbaru bertajuk “Record Of Youth” di saluran tvN dan juga Netflix. Meskipun lelaki itu kini sedang sibuk dengan latihan khidmat ketenteraannya, dapat juga peminat melepaskan rindu dengan menonton naskhah ini.

Sinopsis ringkas

“Record Of Youth” membawa kisah Sa Hye-joon (Park Bo-gum) yang menanam impian untuk menjadi model dan pelakon manakala Ahn Jung-ha (Park So-dam) pula mahu menjadi seorang artis solekan dan menolak ketepi rasa tidak yakin diri yang sudah lama bersarang dalam dirinya. Won Hae-hyo (Byun Woo-seok) pula merupakan rakan baik kepada Hye-joon dan sangat berharap agar orang menerimanya sebagai pelakon dan model yang berbakat dan bukannya kerana apa yang dimilikinya sejak lahir.

episod awal record of youth

Episod awal lebih kepada pengenalan

Dalam episod awal “Record Of Youth” ini, penonton disajikan dengan persahabatan akrab di antara Sa Hye-joon dan Won Hae-hyo selain Ahn Jung-ha yang meminati mereka dalam diam selama ini dan akhirnya berjaya bertemu dengan idolanya itu di belakang pentas. Malah dalam dua episod ini, dapat dilihat dinamik hubungan kekeluargaan kedua model lelaki tersebut di mana ada yang menyokong dan ada yang tidak mempersetujui dengan pilihan kerjaya yang glamor itu.

Drama ini lebih dilihat sebagai ‘slice of life’ atau pun keadaan kehidupan sebenar yang dilalui oleh para model dan juga staf lain dalam industri permodelan selain cita-cita untuk menembusi ke dunia lakonan yang sering menerima stigma negatif daripada pelakon mahupun orang industri itu sendiri.

episod awal record of youth

Walaupun baru sahaja bermula namun sudah terdengar suara sumbang yang mengkritik bahawa Park Bo-gum nampaknya seperti tidak sesuai membawa watak Sa Hye-jun.

Bosannya.. saya tertidur semasa menontonnya

 

Walaupun ada Park So-dam tetapi ianya tak menyeronokkan? Takkan lah..

 

Kenapa Park Bo-gum pilih projek ini?

 

Park Bo-gum langsung tak padan dengan watak ini.. Paling hebat ialah ‘Reply 1988’ dan ‘Love In The Moonlight’, kesemua selepas itu adalah menghampakan.

Pun begitu, ada juga yang melemparkan pujian selepas menonton dua episod awal “Record Of Youth”.

Seronoknya! Saya sukakan watak Park Bo-gum yang suarakan sahaja segalanya dengan jujur membuatkan ia jadi menghiburkan. Lakonannya baik!

 

Saya suka menontonnya! Park So-dam dan Park Bo-gum selamatkan drama ini..

 

Saya baru lepas menonton dan menyukainya. Saya akan terus mengikutinya selepas ini juga dan lakonan Park Bo-gum adalah baik.

episod awal record of youth

Pun begitu, rating drama ini mencatatkan catatan yang hebat bagi dua episod awalnya. Episod pertama menyaksikan catatan 6.4% manakala episod seterusnya pula naik sedikit kepada 6.8%. Bahkan ia terus menduduki tempat pertama bagi slot tayangan drama untuk Isnin dan Selasa. Hebatnya!

Meskipun ada pandangan positif dan negatif, tetapi “Record Of Youth” baru sahaja ditayangkan. Mungkin akan ada perubahan lagi di episod akan datang kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...