Ikuti Kami:

1 Mati, Ramai Cedera, Kru Produksi ‘Joseon Psychiatrist Yoo Sepung’ Terlibat Dalam Kemalangan

1 Mati, Ramai Cedera, Kru Produksi ‘Joseon Psychiatrist Yoo Sepung’ Terlibat Dalam Kemalangan

Kakitangan drama “Joseon Psychiatrist Yoo Sepung” telah terlibat dengan kemalangan besar yang membawa kepada kematian seorang kru.

Menurut syarikat produksi MEDIACAN, kru produksi “Joseon Psychiatrist Yoo Sepung” sedang dalam perjalanan ke studio di Paju, Gyeonggi-do, pagi ini. Bagaimanapun, bas yang mereka naiki telah dirempuh sebuah lori sampah di hadapan sebuah stesen minyak. Dikatakan, lori yang baru selesai mengisi minyak itu merempuh bas ketika cuba memasuki lorong ke-3 secara paksa dari lorong ke-4.

Seorang pegawai berkongsi,

Seorang kakitangan meninggal dunia. Dua daripada pasukan pengarah dan tiga daripada pasukan berkaitan peralatan berada dalam situasi kritikal. Kakitangan dihantar ke hospital yang berbeza. Jadi kini, kami mengambil langkah untuk mencari dan mengenal pasti semua kakitangan dan memastikan mereka mendapat rawatan yang sewajarnya tanpa kesulitan.

Joseon Psychiatrist Yoo Sepung accidents

Dimaklumkan bahawa, bas itu hanya membawa kru produksi drama bersiri “Joseon Psychiatrist Yoo Sepung” akan datang. Selain itu, tvN juga telah mengesahkan bahawa mangsa yang meninggal adalah dalam lingkungan umur 30-an, yang merupakan salah seorang penerbit bagi drama tersebut.

Berkenaan dengan perubahan tarikh tayangan buat drama ini, pegawai itu berkata,

Kami akan bercakap dengan rangkaian terlebih dahulu dan mengumumkan jadual kemudian.

Sementara itu, “Joseon Psychiatrist Yoo Sepung” ialah drama berdasarkan novel dengan tajuk yang sama. Ia ialah cerita dalam dunia yang dihuni orang gila dan orang normal yang mula menggila, ia membawa kisah ‘Shim Yi’ yang menenangkan bagi pesakit dan orang sekelilingnya. Walaupun tema psikiatri di Joseon mungkin sesuatu yang asing, ramai yang teruja bagaimana cerita itu akan disampaikan nanti. Ianya diterajui oleh Kim Min-jae, Kim Hyang-gi dan Kim Sang-kyung.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...