Ikuti Kami:

Kim Minjae & Kim Hyanggi Dilamar Terajui Drama Bersejarah ‘Joseon Psychiatrist Yoo Sepung’

Kim Minjae & Kim Hyanggi Dilamar Terajui Drama Bersejarah ‘Joseon Psychiatrist Yoo Sepung’

Nampaknya akan ada gandingan baru dalam K-Drama nanti!

Menurut laporan dalam industri, Kim Min-jae dan Kim Hyang-gi akan muncul dalam drama “The Psychiatrist Of Joseon” dan penggambaran akan bermula pada Januari tahun hadapan.

Berdasarkan novel dengan tajuk yang sama, dalam dunia yang dihuni orang gila dan orang normal yang mula menggila, ia membawa kisah ‘Shim Yi’ yang menenangkan bagi pesakit dan orang sekelilingnya. Walaupun tema psikiatri di Joseon mungkin sesuatu yang asing, ramai yang teruja bagaimana cerita itu akan disampaikan nanti.

kim minjae kim hyanggi

Khabarnya Kim Min-jae akan melakonkan watak Yoo Se-pung yang mempunyai trauma psikologi dengan akupuntur meskipun disukai oleh keluarga diraja. Manakala Kim Hyang-gi akan membawa watak Seo Eun-woo yang sering bermain dengan perasaan pada saban hari hingga embun pagi pun terasa berat buatnya.

Dalam pada itu, kedua agensi mereka mengesahkan bahawa Kim Min-jae dan Kim Hyang-gi sedang meneliti tawaran tersebut.

Khabarnya drama ini akan ditayangkan di tvN pada separuh pertama 2022.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...