Ikuti Kami:

Suho EXO & Artis Korea Lain Sertai Derma Amal Sebagai Sokongan Buat Palestin

Suho EXO & Artis Korea Lain Sertai Derma Amal Sebagai Sokongan Buat Palestin

Pada 11 Mei ini, satu bazar amal akan diadakan bagi membantu ‘anak yang terkesan dek serangan Gaza’.

Dihoskan oleh Bada, Eugene dan So Yu-jin, kesemua derma dari ‘Green Heart Bazaar’ ini akan disalurkan untuk menyokong makanan bernutrisi, berkhasiat, air minuman dan kebersihan buat anak-anak di Gaza menerusi ‘Kempen Bantuan Kecemasan Gaza UNICEF’.

Antara artis yang turut terlibat dalam kerja amal ini ialah Suho EXO, Kwon Eun-bi, Kwon Hyuk-soo, Shin Se-kyung, Aiki, Hah, Hwang Kwang-hee, Lee Mu-jin, Jo Se-ho, Han Ye-seul, Heo Young-ji, Jo Kwon, KCM, Kim Na-young, Brian, Sandara Park, Yoo Se-yoon dan ramai lagi.

bada eugene

Acara itu bakal berlangsung dari 11 Mei dari 11.30 pagi hingga 5 petang di jejak pejalan kaki di Taman Sukan Songjeong, Seongdong-gu, Seoul.

Semoga ia bermanfaat buat semua.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   CBC News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...