Ikuti Kami:

“SM Suruh Saya..” – Tak Jumpa Ramai Orang, Wendy RED VELVET Kongsi Sebab 5 Tahun Tak Keluar Rumah

“SM Suruh Saya..” – Tak Jumpa Ramai Orang, Wendy RED VELVET Kongsi Sebab 5 Tahun Tak Keluar Rumah

Wendy telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan “Jo Hyun Ah’s Thursday Night”. Di mana, dia telah berkongsi beberapa kisah mengenai kehidupannya.

Ketika sedang berbual, ahli RED VELVET itu telah mendedahkan bahawa dia tidak bertemu dengan ramai orang selama 5 tahun selepas melakukan debut. Malah, dia turut menyatakan bahawa dia hanya berulang-alik antara rumah dan syarikatnya selama 5 tahun.

Katanya,

Selama 5 tahun selepas kami debut, saya hanya berulang-alik dari rumah ke syarikat sehingga menyebabkan SM suruh saya keluar dari rumah dan pergi luangkan masa di mana-mana tempat.

Tambahnya,

Tapi sejujurnya, saya seseorang yang sangat pendiam. Jadi, saya beritahu mereka bahawa saya lagi selesa bila ada di rumah atau syarikat.

wendy-red-velvet

Sambungnya lagi,

Dalam masa yang sama, saya juga cuba untuk berjaga-jaga dengan setiap kelakuan saya kerana saya risau ianya akan menjejaskan imej kumpulan kami. Sebab itu saya lebih memilih untuk tidak keluar ke mana-mana.

Tak apa Wendy, duduk di rumah pun seronok juga kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...