Ikuti Kami:

Sekuel ‘Arthdal Chronicles’ Mula Penggambaran Nanti, Netizen Mahu Jang Donggun Dibuang Kerana Skandal Curangnya!

Sekuel ‘Arthdal Chronicles’ Mula Penggambaran Nanti, Netizen Mahu Jang Donggun Dibuang Kerana Skandal Curangnya!

Industri drama Korea sentiasa cuba mengeluarkan sesuatu yang baru dan di luar kotak kepada para penonton. Sebab itulah mereka tak beri fokus kepada genre romantik sahaja, bahkan peminat ada banyak pilihan naskhah yang boleh ditonton merangkumi tema aksi, misteri, thriller dan banyak lagi.

Siapa yang pernah menonton drama “Arthdal Chronicles” pasti tahu tentang kecenderungannya dengan elemen fantasi. Ianya ialah sebuah naskhah epik tentang adiwira yang membina legenda sendiri dalam tanah mistik Arth. Musim pertamanya telah diasingkan kepada 3 bahagian (6 episod setiap bahagian) yang membawa jumlah 18 episod keseluruhannya pada tahun lepas. Bukan kaleng-kaleng tahu kerana perbelanjaan produksinya menelan kos sebanyak 50 billion won (RM175+ juta).

arthdal chronicles

Kalau anda nak tahu, drama ini sememangnya dicadangkan akan ke udara untuk beberapa musim dan kesudahan pertamanya pun tamat dengan samar-samar. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh reaksi bercampur daripada penonton semasa musim pertama, tak ramai yang pasti tentang masa depan sekuelnya. Tapi bahagian ketiga drama ini menerima komen positif daripada orang ramai.

Kini dikhabarkan “Arthdal Chronicles” bakal kembali untuk musim terbarunya tak lama lagi. Penggambarannya dikatakan akan bermula sama ada September atau pun Oktober tahun ini. Kesemua teraju utama iaitu Song Joongki, Jang Donggun, Kim Jiwon dan Kim Okbin dijangka akan kembali dengan watak yang sama dalam musim sebelumnya.

jang donggun arthdal chronicles

Meskipun peminat “Arthdal Chronicles” gembira dengan berita musim keduanya tetapi ada juga yang tak puas hati dengan khabar yang Jang Donggun akan berlakon semula dalam drama itu. Ini disebabkan oleh kes dia yang dikatakan telah melanggan pelacur semasa isterinya sedang mengandungkan anak kedua mereka.

Sepatutnya teruskan dengan menyingkirkan Jang Donggun?

 

Jang Donggun berlakon lagi???

 

Boikot Jang Donggun.

 

Saya merupakan peminat Tagon (watak Jang Donggun dalam “Arthdal Chronicles”) tetapi disebabkan imejnya menjadi buruk baru-baru ini, saya tak akan tonton. Tak boleh fokus nanti~

 

Adakah awak gila? Kenapa Jang Donggun merangkak keluar??

Pun begitu, masih ramai lagi yang dah tak sabar nak saksikan drama epik fantasi ini! Dengan lakonan padu kesemua teraju utamanya dan plot cerita yang unik, sudah pasti ia mampu meraih rating yang tinggi!

Sumber: Ilgan Sports

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...