Ikuti Kami:

“Saya Paling Gemuk..” – Hilang 13kg, Hayoung APINK Dedah Sebab Utama Turunkan Berat Badan

“Saya Paling Gemuk..” – Hilang 13kg, Hayoung APINK Dedah Sebab Utama Turunkan Berat Badan

Ha-young telah menceritakan sebab kenapa dia memilih untuk menurunkan berat badannya.

Pada 27 April, APINK telah muncul sebagai tetamu dalam “Knowing Bros”. Ketika sedang bercerita mengenai kenangan mereka bersama sejak debut 13 tahun yang lalu, Ha-young telah membuka cerita mengenai perubahan dirinya.

Terlebih dahulu, Ha-young pernah mendedahkan bahawa dia telah menurunkan lebih 13kg berat badannya. Katanya,

Sejujurnya, dulu saya tak yakin dengan diri saya. Saya selalu rasa yang saya ni gemuk bila duduk bersama dengan ahli yang lain. Kesemua ahli APINK sangat kurus, jadi saya selalu dibandingkan dengan mereka.

Tambahnya,

Saya juga selalu hilang keyakinan diri selepas lihat gambar kami berkumpulan. Jadi, saya tiada pilihan lain selain daripada perlu memastikan bahawa saya muat untuk pakai pakaian yang lebih kecil dan menurunkan berat badan.

 

apink-knowing-bros (1)

Sambungnya,

Sebab itu sekarang ni, saya suka sangat bekerja sebagai penyanyi solo. Ianya kerana tiada siapa akan bandingkan saya dengan sesiapa.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sport Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...