Ikuti Kami:

“Saya Juga Mangsa..” – Dokumentari Dedah Goo Hara Kunci Utama Skandal ‘Burning Sun’ Terbongkar

“Saya Juga Mangsa..” – Dokumentari Dedah Goo Hara Kunci Utama Skandal ‘Burning Sun’ Terbongkar

Siapa sangka banyak lagi perkara yang tersembunyi disebalik skandal ‘Burning Sun’.

Dokumentari BBC terbaru mendedahkan mengenai kejadian sebenar yang berlaku disebalik skandal ‘Burning Sun’ yang mengegarkan Korea satu ketika dahulu kerana ia melibatkan kes rakaman video lucah, pelacuran dan sebagainya melibatkan artis popular seperti Seungri BIGBANG, Choi Jong-hoon, Joo Joon-young dan ramai lagi.

Siapa sangka rupanya mendiang Goo Hara KARA merupakan antara kunci penting yang membantu dalam siasatan ini. Wartawan Kang Kyeong-yoon berkata,

Gerangan polis yang terlibat dalam ruang sembang itu merupakan kunci penting. Ia merupakan kerja rumah yang tidak boleh diselesaikan, namun kemunculan Hara nyata membuka pintunya.

burning sun

Tambahnya,

Saya masih ingat hari itu dan saya teringat suara yang berkata, ‘Hello, ini Hara’. Saya betul-betul nak bantu awak.

Wartawan itu mendedahkan bahawa mendiang merupakan kawan rapat Choi Jong-hoon dan turut mengenali Seungri dan Jung Joon-young. Pada ketika itu, Hara mengetahui tentang ‘video pelik’ yang berada di dalam telefon bimbit tersebut lantas wartawan berkenaan meminta wanita itu untum mencari tahu tentang identiti polis yang terlibat sama.

Ditanya mengapa Hara ingin membantu kes itu,

Hara berkata, ‘Saya kan mangsa rakaman video haram juga.

hara burning sun

Siapa sangka Hara sanggup berkorban demi keselamatan wanita teraniaya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...