Ikuti Kami:

Terlibat Dalam Skandal ‘Burning Sun’, Jung Joonyoung Akhirnya Dibebaskan Dari Penjara

Terlibat Dalam Skandal ‘Burning Sun’, Jung Joonyoung Akhirnya Dibebaskan Dari Penjara

Jung Joon-young secara rasminya telah dibebaskan daripada penjara.

Menurut laporan media, Jung Joon-young telah dibebaskan secara senyap dari pusat penjara Mokpo pada 19 Mac jam 5.50 pagi.

Penyanyi serta pelakon tersebut telah dilihat meninggalkan penjara tersebut dengan berpakaian serba hitam, memakai topi, topeng muka serta cermin mata yang menyembunyikan keseluruhan wajahnya.

Kini, media sedang memberi perhatian terhadap apa yang akan dilakukan oleh Jung Joon-young pada masa hadapan.

Ianya kerana, selepas mengakui akan jenayahnya, penyanyi tersebut telah membuat keputusan untuk menghentikan kesemua aktiviti dalam industri hiburan.

jung-joonyoung (1)

Terlebih dahulu, Jung Joon-young telah dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun selepas terlibat di dalam skandal Burning Sun.

Malah, penyanyi tersebut turut mengaku bersalah melakukan serangan seksual terhadap wanita yang sedang mabuk serta merakam dan berkongsi video hubungan intimnya bersama beberapa orang wanita kepada teman-temannya.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...