Pejam celik pejam celik, sudah setahun sejak Moonbin meninggalkan kita semua..
Pada 19 April, Cha Eun-woo telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, dalam perjalanannya ke Indonesia untuk acara perjumpaan peminatnya di sana.
Menarik perhatian, lelaki itu tampil dengan memakai pakaian serba hitam, bagi menghormati ulang tahun pertama pemergian sahabatnya iaitu Moonbin, yang jatuh pada hari yang sama.
240419 cha eunwoo at Incheon airport heading to Jakarta for JOTM fancon Mystery Elevator
eunwoo and all staff were seen wearing all black today, have a safe flight 🫶🏻 pic.twitter.com/r0MnEzi1aH
— Luli🦦🍀 (@lulilulalula) April 19, 2024
Selain itu, di laman Instagram, Cha Eun-woo turut meluahkan perasaan rindu kepada mendiang dengan menulis,
Saya rindu awak, saya sayang awak, sungguh 🌙
Kejap je kan dah setahun..