Rating ‘Woman Of 9.9 Billion’ Turun Naik, Penonton Tak Senang Duduk Tunggu Kesudahannya

woman of 9.9 billion

Lakonan Cho Yeojeong sememangnya tak boleh dinafikan lagi! Lihatlah lakonannya yang menjadi dalam filem “Parasite” sehingga menerima pujian melambung penonton. Ditambah pula dengan gandingan bersama Kim Kangwoo yang turut terkenal dengan lakonan hebatnya membuatkan ramai yang tak lepas untuk tonton drama “Woman of 9.9 Billion” menerusi saluran KBS.

Sinopsis

Jung Seoyeon (Cho Yeojeong) telah berkahwin dengan seorang lelaki yang sering menderanya iaitu Hong Inpyo (Jung Woongin). Diam-diam, dia sebenarnya mempunyai kekasih gelap, Lee Jaehoon (Lee Jihoon) yang merupakan suami kepada Yoon Heejoo (Oh Nara).

Tanpa taraf pendidikan yang tinggi, sumber atau kemahiran, Seoyeon terperangkap dalam kehidupan yang menyedihkan dan tempat dia melepaskan perasaan hanyalah pada kekasih gelapnya yang berkemungkinan tidak peduli langsung tentangnya. Meskipun kelihatan naif, wanita itu bukanlah bodoh. Dia tahu bagaimana payahnya untuk menyara kehidupan dan juga bagaimana yang kaya sering menindas yang miskin.

woman of 9.9 billion

Kehidupan Seoyeon yang menyeksakan membuatkan dia mahu mati tetapi semuanya berubah apabila dia tanpa sengaja telah menemui 9.9 bilion won (RM34.6 juta). Jumlah wang itu yang sangat menggoda menyebabkan dia tidak mengendahkan bahaya di sekelilingnya. Walaupun wang itu merupakan kunci kepada Seoyeon untuk menyelesaikan masalahnya, ia juga telah menggugat kewujudannya kerana pemilik asal pasti mahukannya kembali. Gelap mata, wanita tersebut tidak mampu menjadi baik dan memberitahu sesiapa tentang keberadaan wang itu.

Petunjuk mengenai penjenayah asal yang memiliki wang tersebut membawanya kepada pertemuan dengan Kang Taewoo (Kim Kangwoo) iaitu seorang bekas pegawai polis yag sedang menyelidik mengenai kematian adiknya. Diberhentikan kerana ditangkap mengambil rasuah, lelaki itu mula beralih fokus kepada kes kematian adiknya dan cuba membongkarkan rahsia di sebaliknya.

woman of 9.9 billion

Rating tak menentu

Menurut Nielsen Korea, episod yang ditayangkan pada 15 Januari (Rabu) telah merekodkan rating 8.8% dan 10.1%. Ini adalah peningkatan daripada episod sebelumnya (Khamis – 9 Januari) yang hanya mampu meraih 6.8% dan 8.3%. Walaubagaimanapun episod pada Rabu (8 Januari) menunjukkan catatan rating yang agak tinggi iaitu 9.3% dan 10.8%.

Menurut spekulasi netizen, drama ini yang mendapat catatan rating yang tinggi semasa awal tayangannya tetapi kian menurun ketika tayangan hari Khamis adalah kerana saingan yang sengit dengan rancangan daripada saluran lain seperti “Mister Trot” tayangan TV Chosun dan program “Delicious Rendezvous” tayangan SBS. Namun begitu, “Woman of 9.9 Billion” mampu mendapat rating yang baik pada hari Rabu adalah kerana kurangnya saingan daripada saluran lain semasa slot itu.

Rasanya penonton kena perah otak juga bila tonton drama “Woman of 9.9 Billion” kerana semua karakter menyangsikan dan tak tahu yang mana satu adalah baik atau pun jahat.

Sumber: Soompi

Leave a Reply