Ikuti Kami:

Drama ‘Woman Of 9.9 Billion’ Berjaya Lepasi 10% Rating Hanya Selepas Tiga Episod Tayangan!

Drama ‘Woman Of 9.9 Billion’ Berjaya Lepasi 10% Rating Hanya Selepas Tiga Episod Tayangan!

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai peminat K-Drama yang kian menggilai naskhah misteri dan penuh dengan saspens yang tidak dijangka langsung! Babak seperti itu pasti membuatkan mereka tak senang duduk kerana ingin tahu kebenaran disebaliknya. Kalau anda peminat drama seperti ini, tolonglah tengok drama terbaru di saluran KBS iaitu “Woman of 9.9 Billion”. Kebanyakan penonton Korea sedang menggilai drama ini kini!

woman of 9.9 billion won

Sinopsis

Jung Seoyeon (Cho Yeojeong) telah berkahwin dengan seorang lelaki yang sering menderanya iaitu Hong Inpyo (Jung Woongin). Diam-diam, dia sebenarnya mempunyai kekasih gelap, Lee Jaehoon (Lee Jihoon) yang merupakan suami kepada Yoon Heejoo (Oh Nara).

Tanpa taraf pendidikan yang tinggi, sumber atau kemahiran, Seoyeon terperangkap dalam kehidupan yang menyedihkan dan tempat dia melepaskan perasaan hanyalah pada kekasih gelapnya yang berkemungkinan tidak peduli langsung tentangnya. Meskipun kelihatan naif, wanita itu bukanlah bodoh. Dia tahu bagaimana payahnya untuk menyara kehidupan dan juga bagaimana yang kaya sering menindas yang miskin.

woman of 9.9 billion won

Kehidupan Seoyeon yang menyeksakan membuatkan dia mahu mati tetapi semuanya berubah apabila dia tanpa sengaja telah menemui 9.9 bilion won (RM34.6 juta). Jumlah wang itu yang sangat menggoda menyebabkan dia tidak mengendahkan bahaya di sekelilingnya. Walaupun wang itu merupakan kunci kepada Seoyeon untuk menyelesaikan masalahnya, ia juga telah menggugat kewujudannya kerana pemilik asal pasti mahukannya kembali. Gelap mata, wanita tersebut tidak mampu menjadi baik dan memberitahu sesiapa tentang keberadaan wang itu.

Petunjuk mengenai penjenayah asal yang memiliki wang tersebut membawanya kepada pertemuan dengan Kang Taewoo (Kim Kangwoo) iaitu seorang bekas pegawai polis yag sedang menyelidik mengenai kematian adiknya. Diberhentikan kerana ditangkap mengambil rasuah, lelaki itu mula beralih fokus kepada kes kematian adiknya dan cuba membongkarkan rahsia di sebaliknya.

woman of 9.9 billion won

Rating cecah dua digit

Walaupun baru 4 episod ditayangkan tetapi mereka berjaya memecahkan rating yang direkodkan minggu sebelumnya sehingga berjaya merangkul dua digit. Hebat! Naskhah itu berjaya mencatat rating 9.4% dan 11.3% pada minggu kedua tayangannya. Rekod hebat ini berjaya dicatatkan oleh “Woman Of 9.9 Billion Won” lebih pantas daripada drama sebelumnya iaitu “When The Camellia Blooms”.

woman of 9.9 billion won

Penonton puji lakonan teraju utama

Kebanyakan penonton terpikat dengan drama saspens ini adalah kerana lakonan setiap watak yang mantap dan meyakinkan. Selain plot cerita yang hebat menyebabkan mereka tak boleh lepas pandang langsung daripada naskhah ini.

“Jung Woongin memang hebat apabila melakonkan watak psiko… Kim Kangwoo, Lee Jihoon, Oh Nara dan Jo Yeojeong juga tiada jurang langsung dengan lakonan mereka. Drama ini sangat menarik perhatian… Saya rasa lakonan Jo Yeojeong hanya akan terus bersinar daripada sini.”

“Ia adalah sebuah karya hebat seperti sebuah filem.”

“Macam mana Jo Yeojeong boleh berlakon sehebat ini? Sekarang dia adalah pelakon yang boleh dipercayai. Dia adalah pelakon terhebat di Korea sekarang!”

“Awak semakin khusyuk dengan drama ini kerana pelakonnya semua pandai berlakon. Sangat menghiburkan.”

Ada tak yang sedang tonton drama ini?

Sumber: Soompi, Ddoboja

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...