Ikuti Kami:

Rating Tinggi Cecah 10.6%, Lee Jehoon Jawab Jika ‘Chief Detective 1958’ Akan Ada Musim Kedua

Rating Tinggi Cecah 10.6%, Lee Jehoon Jawab Jika ‘Chief Detective 1958’ Akan Ada Musim Kedua

Selepas 10 episod, drama “Chief Detective 1958” telah pun melabuhkan tirainya.

Terbaru menerusi satu temu bual yang dilakukan selepas drama itu tamat, Lee Je-hoon berkongsi perasaannya mengenai rating tinggi mencecah 10.1% untuk episod pertama dan 10.6% untuk episod terakhirnya.

Luah lelaki itu,

Saya tidak menjangkakannya sama sekali. Saya fikir ia mendapat banyak perhatian kerana ini adalah drama yang bukan sahaja orang pertengahan umur, tetapi juga orang dari semua peringkat umur dan jantina boleh menontonnya.

lee jehoon

Kemudian ketika ditanya sekiranya drama ini akan kembali dengan musim kedua, Lee Je-hoon mengaku,

Saya juga mempunyai jangkaan sendiri tetapi itu bukan keputusan yang saya boleh buat. Saya rasa drama itu sudah lengkap sebagai prekuel dan ceritanya tersendiri.

Untuk pengetahuan, “Chief Detective 1958” ialah prekuel untuk drama “Chief Inspector”, mengisahkan tentang Detektif muda Park Young-han, yang dipindahkan ke pejabat Seoul pada tahun 1958 dan bekerjasama dengan tiga rakan sekerja untuk mencapai keadilan.

Korang nak tak musim kedua?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Daily Sports

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...