Ikuti Kami:

“Memang Patut Pun..” – Kim Soohyun Tak Hadir Ke Majlis Perkahwinan Bapa Kandung, Tapi Kenapa?

“Memang Patut Pun..” – Kim Soohyun Tak Hadir Ke Majlis Perkahwinan Bapa Kandung, Tapi Kenapa?

Penyanyi veteran Korea Selatan iaitu Kim Chung-hoon ataupun lebih dikenali sebagai bapa kepada Kim Soo-hyun telah mengadakan majlis perkahwinan bersama dengan pasangannya.

Pada 13 April, media Korea melaporkan bahawa meskipun mereka telah lama berkahwin, Kim Chung-hoon tidak pernah mengadakan sebarang majlis dan bapa kepada pelakon itu ingin meraikan perkahwinannya secara kecil-kecilan bersama keluarga terdekat.

Malah, bekas penyanyi rock itu turut berharap agar majlis tersebut tidak akan menimbulkan masalah kepada anaknya Kim Soo-hyun, yang dalam masa yang sama dilaporkan tidak menghadiri majlis perkahwinan itu.

Selepas laporan itu dimuat naik, rata-rata netizen telah mengkritik Kim Chung-hoon serta menuduh penyanyi itu menggunakan nama anaknya untuk mendapatkan publisiti.

kim-soomen

Komen netizen,

Kata nak privasi, tapi masih nak guna nama anak.

Bukan ke dia dah tinggalkan mak Kim Soo-hyun? Saya harap dia akan berhenti guna nama Kim Soo-hyun.

Kim Soo-hyun tak rapat dengan ayah dia jadi saya harap ayah dia akan berhenti guna nama dia.

Memang patut pun Kim Soo-hyun tak hadir selepas apa yang ayah dia buat pada mak dia.

Tidak berhenti di situ, ini juga bukan kali pertama keluarga Kim Soo-hyun dikritik oleh netizen. Di mana sebelum ini, adik tiri kepada pelakon itu, Kim Ju-na turut dituduh menggunakan populariti Kim Soo-hyun untuk kepentingannya sendiri meskipun mereka tidak pernah berinteraksi diantara satu sama lain.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...