Ikuti Kami:

“Lain Betul Dari ‘My Girl’..” – Sampai Tak Kenal, Ramai Persoal Perubahan Muka Lee Dahae

“Lain Betul Dari ‘My Girl’..” – Sampai Tak Kenal, Ramai Persoal Perubahan Muka Lee Dahae

Siapa yang menonton K-Drama sejak dahulu, pastinya kenal dengan Lee Da-hae kan?

Sejak Gelombang Korea mula menular serata dunia, nama Lee Da-hae dikenali ramai penonton dek berlakon dalam pelbagai drama popular seperti “My Girl”, “The Slave Hunter”, “Miss Ripley”, “East Of Eden” dan banyak lagi.

Walaupun popular, pelakon wanita itu semakin menjauh dari dunia lakonan kini apabila dia sudah tidak muncul dalam mana-mana naskhah sejak “Nice Witch” yang bersiaran pada 2018. Pun begitu, Lee Da-hae dilihat kian aktif di media sosial dan berkongsi pelbagai video ‘trending’ di TikTok.

Terbaru, sebuah video miliknya di platform itu tular di mana dia melakukan ‘trend’ di mana wanita biasanya akan bermasam muka apabila lapar. Walaupun menarik, tapi fokus terus diberikan kepada wajahnya yang dikatakan berlainan dari dahulu.

Komen peminat,

  • Ni Lee Da-hae ‘My Girl’ kan?
  • Ni yang datang ‘Running Man’ tu kan?
  • Apa pasal dia asyik ubah muka dia?
  • Lain betul muka dari zaman ‘My Girl’.
  • Tak nak berlakon balik ke?

Dalam perkembangan lain, Lee Da-hae telah pun mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Se7en pada tahun lalu.

Lain sangat ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...