Utama Gossip “Sikit-Sikit Berubah” – Netizen Terkejut Lihat Perubahan Wajah Lee Dahae

“Sikit-Sikit Berubah” – Netizen Terkejut Lihat Perubahan Wajah Lee Dahae

lee dahae

Pernah menjadi pelakon wanita kegemaran penonton K-Drama, ramai yang tertanya-tanya mengenai keadaan Lee Da-hae kini.

Sudah mencecah usia 40-an, pelakon wanita terkenal dengan drama seperti “My Girl”, “The Slave Hunter”, “Hotel King”, “Ripley” dan banyak lagi. Untuk pengetahuan, drama terakhir lakonannya ialah “The Good Witch” pada tahun 2018.

Pun begitu, kisah Lee Da-hae baru-baru ini tular di serata laman komuniti dek satu entri bertajuk “Seorang pelakon yang wajahnya berubah hingga sukar dikenali lagi”.

lee dahee

Dalam posting itu, terdapat foto wanita tersebut semasa berusia 20-an termasuklah gambar ketika dia memenangi Miss Chunhyang pada Pertandingan Kecantikan Kebangsaan Chunhyang ke-71.

lee dahee

Komen netizen,

Semakin lama, wajahnya berubah sedikit demi sedikit.

 

Mata bulatnya kelihatan sama, tapi nampak berbeza sedikit.

lee dahee

Bukan itu sahaja, foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya juga menjadi sasaran peminat dan meninggalkan spekulasi orang ramai.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERWikitree
Loading...